Pertanian bioteknologi ialah pertanian yang berasaskan kepada kejuruteraan genetik sebagai cara untuk mengatasi segala pukulan balas ekologi dan kesihatan yang diterbitkan oleh pertanian berteknologi kimia sebelumnya. Perindustrian pertanian dikatakan wajar kerana mampu mengatasi masalah ketidakcukupan makanan di seluruh dunia.
Namun, setelah beberapa tahun berpengalaman dalam bidang bio-tek, semakin ramai pengkaji di negara maju berpendapat bahawa kedayaan bio-tek dan pertanian industri merupakan MITOS semata-mata. Ada 7 mitos kedayaan bio-tek dan pertanian industri.
Pertanian Industri Akan Menghasilkan Makanan Untuk Seluruh Dunia
Makanan yang dihasilkan oleh pertanian industri selamat, sihat dan berkhasiat.
Saintis di Amerika Syarikat menyatakan kejuruteraan genetik menyebabkan makanan yang selamat menjadi toksid. Hal ini kerana, makanan itu mempunyai alahan lama dan alahan baru yang boleh menjejaskan kesihatan dunia. Makanan bio-tek juga mempunyai zat makanan yang rendah dan menimbulkan risiko baru kepada kesihatan manusia.
Makanan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik adalah murah.
Kenyataannya, syarikat-syarikat bio-tek membelanjakan berbilion dolar untuk menjalankan sesuatu kajian bagi mendapatkan hasil yang diinginkan seperti memasukkan gen ikan ke dalam tomato, memasukkan gen kunang-kunang ke dalam tumbuhan dan memasukkan gen manusia ke dalam haiwan ladang. Ribuan ujikaji dilakukan demi mencapai hasil yang diinginkan dan akhirnya membawa kepada penurunan hasil dan penggunaan lebih banyak bahan kimia. Malahan kos itu akan dipindahkan kepada pengguna hasil pertanian bio-tek. Malahan, produk pertanian bio-tek dikatakan tidak boleh menghasilkan biji benih yang mana petani terpaksa membeli biji benih baru sekiranya ingin menanam kembali tanaman itu. Hal ini kerana, biji benihnya sudah dimandulkan bagi mendatangkan keuntungan kepada agensi yang menjual biji benih.Pertanian Industri Cekap
Kenyataan ini sama sekali tidak benar kerana bio-tek belum tentu dapat memasarkan produk yang benar-benar memberikan faedah kepada pengguna. Syarikat-syarikat bio-tek akan menyebabkan berlakunya krisis pengeluaran makanan pertanian semasa di samping meningkatkan degradasi alam sekitar dan mewujudkan risiko keselamatan makanan yang baru.
Pertanian Industri Akan Memberikan Manfaat Alam Sekitar dan Hidupan Liar.
Ia dikatakan memberi manfaat kerana dikatakan tidak menggunakan racun perosak dan mencipta tanaman yang tahan serangga dan perosak. Namun begitu, bio-tek sebenarnya akan menyebabkan berlakunya pencemaran biologi dan pencemaran genetik. Ahli-ahli sains dari Univeristi Cornell mendapati bahawa debunga jagung akan membunuh kupu-kupu Monarch dan serangga lain yang bermanfaat. Malahan, saintis Amerika telah memberikan amaran bahawa sedikit kelalaian sewaktu penggunaan bio-tek akan membawa kepada kerosakan alam sekitar yang mungkin sukar untuk dipulihkan kembali.Pertanian Industri Akan Memberikan Banyak Pilihan Makanan
Pertanian industri akan menyebabkan orang ramai akan memilih untuk mengurangkan pilihan makanan. Sebagai contoh, jika sekarang manusia akan mengambil makanan yang mengandungi sayuran, karbohidrat dan nutrien lain. Namun jika ada bio-tek, manusia akan mengurangkan pengambilan makanan jika gen nutrisi sudah dimasukkan ke dalam beras. Namun keadaan ini tidak akan menjamin keselamatan kerana kita tidak tahu berapa banyak nutrisi yang sudah dimasukkan dan berapa banyak makanan genetik yang perlu diambil bagi membolehkan badan kita menerima nutrisi yang mencukupi. Bioteknologi Akan Menyelesaikan Masalah Pertanian Industri
Ia adalah tidak benar kerana sekiranya hasil pertanian di dalam industri tidak mencukupi, pengeluar tetap akan mendesak para petani bagi menambah pengeluar hasil tanaman. Hal ini kerana pengeluar memonopoli pasaran.
Di sini juga sebab mengapa Amerika memasuki Malaysia dalam bidang :
- Pelaburan
- Perlindungan Harta Intelek
- Pemindahan Teknologi
- Bioteknologi
- Promosi dan Perlindungan Pelaburan
- Perolehan Perkhidmatan
- Perkhidmatan
- Perubatan
- Pertanian
- Malaysia pengimport paling besar berbanding dari negara lain, kecuali Jepun.
- Amerika adalah pasaran eksport terbesar untuk Malaysia.
- Amerika adalah pelabur terbesar di Malaysia.
Dan tidak mustahil sekiranya bidang pertanian di Malaysia turut menerima nasib yang sama dengan negara-negara lain Korea, China, Indonesia dan Mexico.
Sumber : Nota Kuliah, Usahawantani-Kelantan.blogspot







0 kOmEN:
Post a Comment